Sunday, April 19, 2020

Abii yang dulu



Apy Bday Kakatt




Apy Bday kakat, semuga diberkati Allak SWT sokmo, sila kakat klik yg Long buat ni
                                                             BOD Kakat


Saturday, September 20, 2008

Thursday, September 4, 2008

anakku

ANAK adalah anugerah dan amanah Allah. Kitalah yang mewarnakan masa depan, samada anak yang putih itu menjadi hitam,merah,hijau atau kuning. Pendidikan berterusan ini adalah merupakan satu proses pembentukan generasi akan akan datang. Rupa bentuk generasi akan datang bergantung sepenuhnya di bawah didikan kita sekarang, sebagaimana pembentukan generasi sekarang adalah kesan didikan datuk nenek kita dahulu. Kita yang mendidik dan mentadbir anak-anak untuk menentukan dia menjadi manusia atau haiwan Islam. Betapa besarnya 'power' kita dan betapa besarnya, tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah.

Ibubapa Menurut al-Qur’an.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


Jika kita mengkaji ketiga-tiga ayat di atas, akan ditemui bahawa ia memiliki tiga kesamaan:

Pertama:

Ayat-ayat di atas kesemuanya menghubungkan perintah berbuat baik kepada ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dalam susunan kata yang lain, setelah diperintahkan kepada kita untuk mentauhidkan-Nya, yakni dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya sahaja, Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Ini menjadi ukuran pertama tentang betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Seandainya kedudukan dan tuntutan ini adalah “biasa-biasa” sahaja, nescaya Allah tidak akan meletakkannya di tangga kedua selepas perintah mentauhidkan-Nya.